Skip to main content
THE STORY

Perasan tak, bila sebut pasal suspension kereta, ramai terus fikir brand luar macam KYB atau APM.

Tapi sekarang muncul satu jenama tempatan yang bukan saja lawan perception tu, malah dah jadi pilihan utama rakyat Malaysia. Nama dia Mr. Absorber.

Jenama ini bukan sekadar jual absorber, tapi mereka bawa naratif baru dalam pasaran kereta Malaysia. Fokus mereka jelas, bukan nak tarik crowd high-modification semata tetapi kepada pengguna kereta lama yang nak rasa selesa macam kereta baru.

Inilah strategi Mr. Absorber yang buktikan jenama tempatan pun boleh menang bila tahu fokus pelanggan.

tuan anas founder mr.absorber

Brand Messaging: Pandu Kereta Lama Seperti Baru

Slogan mereka simple tapi sangat relevan dengan majoriti pengguna Malaysia:
“Pandu Kereta Lama Seperti Baru.”

Ramai pemilik kereta tak mampu nak tukar kereta baru setiap kali rasa tak selesa. Mr. Absorber masuk dengan positioning unik iaitu bagi rasa pemanduan macam kereta baru semula tanpa perlu habis puluhan ribu ringgit. Inilah mesej yang resonate dengan pengguna kereta harian, bukan sekadar kaki modifikasi.

Brand Presence: Outlet Domination

Kekuatan besar Mr. Absorber ialah network outlet mereka. Sekarang dah ada hampir 50 outlet seluruh Malaysia, dan dalam perancangan untuk berkembang sampai 150 outlet.


Strategi ini jadikan Mr. Absorber accessible di setiap negeri, bukan hanya bandar besar. Dengan cara ini, pengguna ada lebih banyak pilihan jenama suspension, tetapi Mr. Absorber sendiri jadi jenama paling dekat di hati pelanggan.

45 outlet across Peninsular Malaysia oleh Mr Absorber

Brand Activation: Dominasi Content di TikTok

Di TikTok, Mr. Absorber bukan sekadar promote produk. Mereka bawa content edukasi seperti ajar orang cara kenal masalah suspension, tips pilih absorber yang sesuai, dan info pasal handling kereta.


Content macam ini bukan saja tingkatkan awareness, tetapi buatkan mereka dilihat sebagai pakar suspension, bukan sekadar penjual. Ini strategi content marketing yang sangat kuat sebab ia bina trust sebelum orang datang ke outlet.

tiktok account mr Absorber

Brand Recognition: Pengiktirafan & Award

Trust bukan boleh dibina dengan cakap kosong. Mr. Absorber dah buktikan credibility dengan banyak award dan pengiktirafan industri. Dari segi branding, ini penting untuk positioning mereka sebagai jenama suspension no.1 Malaysia. Award ini berfungsi sebagai seal of trust yang menguatkan lagi keyakinan pelanggan.

Apa Founder dan Business Owner Malaysia Boleh Belajar

  1. Brand messaging mesti relevan dengan target market sebenar, bukan ikut trend semata. Mr. Absorber fokus pada pengguna kereta lama, satu market yang besar tetapi kurang diberi perhatian.
  2. Presence dan accessibility penting. Lagi banyak outlet, lagi mudah orang access produk dan jenama.
  3. Content marketing bukan hard-sell. Educate market dulu, baru positioning sebagai expert.
  4. Recognition bantu trust. Award dan pengiktirafan jadi senjata branding yang kuat untuk naikkan kredibiliti.

Mr. Absorber buktikan bahawa jenama tempatan boleh jadi besar bila strategi branding dilakukan dengan konsisten.

Dari messaging yang tepat, outlet domination, aktivasi content, sampai kepada award recognition, semua elemen ini buatkan mereka berdiri sama tinggi dengan jenama luar.

Sebagai branding strategist, aku nampak Mr. Absorber ialah contoh jenama Malaysia yang faham market, tahu angle sendiri, dan berani main di ruang yang orang lain tak fokus.