Skip to main content
THE STORY

Malam penuh emosi dan nostalgia di Konsert Inteam 25 Tahun.

Konsert Inteam 25 Tahun: Kasih Kekasih yang berlangsung di Idea Live, Kuala Lumpur, dengan kehadiran lebih 4,500 penonton dari seluruh Malaysia.

Sebagai official media partner, WRNA Digital diberi tanggungjawab penuh untuk mengabadikan detik bersejarah ini melalui lensa profesional team fotografi kami.

Konsert mega ini bukan sekadar hiburan, tetapi satu penghargaan buat perjalanan panjang kumpulan nasyid legenda Inteam yang kini menjangkau dua dekad dalam industri muzik Malaysia.

Setiap lagu yang di nyanyikan Inteam dan momen para penonton jadi kisah yang kami rakam sebagai memori.

INTEAM

25 Tahun Inteam: Kasih Kekasih Yang Menyatukan Generasi

“Kasih Kekasih” bukan sekadar nama konsert, tetapi simbol kepada cinta dan ketuhanan yang menjadi nadi utama karya Inteam sejak awal kemunculan mereka.

Malam itu, penonton dibawa mengimbau kenangan dua dekad dengan persembahan penuh emosi, visual pentas yang megah, dan susunan muzik moden yang tetap mengekalkan jiwa nasyid.

Gabungan nostalgia dan produksi pentas moden menjadikan konsert ini antara persembahan paling ikonik dalam sejarah kerjaya mereka.

WRNA Digital Sebagai Rakan Media Rasmi

Sebagai rakan media rasmi, WRNA Digital memainkan peranan penting dalam memastikan setiap momen berharga dirakam dengan sempurna.

Kami menempatkan 5 jurugambar profesional yang bertugas sepanjang hari acara dari persiapan di backstage, sesi soundcheck, crowd reaction sehinggalah ke puncak persembahan.

Sepanjang malam, pasukan kami menyiarkan live photo update di platform rasmi konsert bagi membolehkan penonton memuat turun gambar mereka secara real time.

Inisiatif ini bukan sekadar dokumentasi, tetapi sebahagian daripada pengalaman konsert itu sendiri dimana penonton boleh terus simpan memori mereka di saat emosi masih terasa.

en azim wrna our main shooter untuk konsert inteam 25 tahun

4,500 Penonton, Satu Malam yang Tak Akan Dilupakan

Dengan kapasiti penuh 4,500 penonton, dewan Idea Live KL bergema dengan sorakan, nyanyian bersama dan tepukan gemuruh setiap kali lagu ikonik Inteam dimainkan.

Cahaya pentas yang berwarna-warni berpadu dengan semangat penonton mencipta suasana yang hanya boleh digambarkan sebagai magikal.

Momen itu kini diabadikan sepenuhnya oleh WRNA Digital bukan sekadar untuk disimpan, tetapi untuk diceritakan semula kepada generasi akan datang tentang bagaimana nasyid terus hidup dan relevan.

Behind The Lens: Pasukan WRNA Bertugas Sepenuh Jiwa

Pasukan WRNA Digital terdiri daripada 5 jurugambar berpengalaman, setiap seorang ditugaskan untuk fokus pada zon strategik berbeza bagi memastikan liputan visual lengkap dari setiap sudut.

Ada yang bertugas di bahagian pentas utama, ada yang menyorot emosi penonton di barisan hadapan, dan ada juga yang bertugas di belakang tabir untuk merakam persiapan artis sebelum naik ke pentas.

Setiap gambar yang diambil disunting serta merta bagi memastikan live update gallery dapat diakses penonton malam itu juga.

Inilah komitmen sebenar WRNA Digital terhadap kelajuan, kualiti dan storytelling visual. Tiga nilai utama yang menjadi asas setiap tugasan media kami.

Terima Kasih Inteam

Kami di WRNA Digital berbesar hati menjadi sebahagian daripada perjalanan bersejarah ini.

Terima kasih kepada Inteam atas kepercayaan yang diberikan untuk menjadikan konsert 25 tahun ini bukan sekadar acara, tetapi kenangan yang akan terus hidup melalui setiap gambar yang kami hasilkan.

Untuk kolaborasi media, fotografi atau liputan acara korporat,
layari www.wrnadigital.com atau DM kami di Instagram @wrnadigital.

Kami bantu rakam cerita berharga jenama anda, seindah detik Kasih Kekasih.