Skip to main content
THE STORY

Perasan tak, bila sebut telekung premium, nama pertama yang terlintas ialah Siti Khadijah?

Jenama ini bukan sekadar jual telekung. Ia mengubah pasaran yang dulu dianggap biasa kepada satu kategori baru iaitu telekung premium. Semua ini berlaku kerana strategi branding yang jelas, konsisten dan berani.

Sebagai branding guru di Malaysia, Azim WRNA selalu tekankan bahawa branding bukan sekadar logo atau packaging cantik.

Branding sebenar adalah bagaimana jenama itu dirasai pelanggan. Inilah yang Siti Khadijah lakukan dengan cemerlang.

Brand Messaging: Billboard Yang Semua Orang Ingat

Siti Khadijah terkenal dengan mesej iklan yang menyentuh hati.
Antara billboard paling ikonik berbunyi:

“Nak… mak teringin nak pakai telekung Siti Khadijah.”

Ayatnya ringkas tetapi penuh emosi. Ia terus mengaitkan telekung dengan kasih sayang seorang anak kepada ibu.
Copywriting ini menjadikan nama Siti Khadijah sinonim dengan telekung premium di Malaysia.

Kekuatan: mesej yang simple, emosional, konsisten dan relatable.

Brand Experience: Membeli di Butik Mewah, Bukan di Jalan TAR

Sebelum ini, telekung sinonim dengan gerai Jalan TAR. Siti Khadijah mengubah sepenuhnya pengalaman membeli.

Di butik mereka, pelanggan merasai suasana seperti membeli barangan mewah.

  • Store design yang elegan dan selesa
  • Lighting yang menenangkan
  • Staff yang terlatih memberi layanan mesra

Setiap pembelian menjadi satu pengalaman eksklusif. Ini selari dengan imej premium yang mereka bina.

Kekuatan: pengalaman membeli yang menaikkan nilai brand.

Telekung

Brand Positioning: Telekung Premium dan Luxury

Siti Khadijah membuat langkah berani dengan menetapkan harga jauh lebih tinggi daripada pasaran telekung biasa.

Strategi ini berjaya kerana disokong oleh:

  • Material yang berkualiti
  • Cutting yang selesa dan praktikal
  • Design yang elegan

Dengan strategi ini, telekung tidak lagi dilihat sebagai pakaian asas ibadah. Ia diangkat menjadi simbol status wanita Muslimah moden.

Kekuatan: premium pricing menghasilkan persepsi luxury dan eksklusif.

Pakaging Telekung Siti khadijah

Brand Presentation: Packaging Yang Layak Jadi Hadiah

Satu lagi elemen penting dalam branding Siti Khadijah adalah packaging.

Telekung mereka dibalut dengan kotak keras, ribbon elegan dan rekaan mewah. Pembelian telekung terasa seperti membeli hadiah untuk insan tersayang. Packaging ini melengkapkan positioning telekung sebagai tanda penghargaan dan kasih sayang, bukan sekadar pakaian solat.

Kekuatan: packaging meningkatkan nilai emosi dan perceived value pelanggan.

Apa Founder dan Business Owner Malaysia Boleh Belajar

  1. Brand messaging mesti konsisten, mudah diingat dan menyentuh emosi.
  2. Cipta pengalaman membeli yang selari dengan positioning premium.
  3. Harga perlu berdasarkan value sebenar, bukan sekadar ikut pasaran murah.
  4. Packaging boleh menjadi alat branding paling kuat untuk menaikkan perceived value.
billboard telekung siti khadijah

Siti Khadijah adalah contoh jenama Malaysia yang berjaya memposisikan diri sebagai telekung premium dan luxury.

Mereka membuktikan bahawa dengan brand messaging yang kuat, pengalaman membeli yang premium, positioning berani, dan presentation packaging yang tepat, sebuah produk tradisional boleh menjadi simbol status.

Sebagai branding consultant dan branding guru Malaysia, Azim WRNA percaya setiap founder boleh belajar daripada strategi ini.
Jika Siti Khadijah berjaya menjadikan telekung sebagai luxury item, brand anda juga boleh diangkat lebih tinggi dengan strategi branding yang betul.